Jarak Dan Tempoh Mengikut Shafie

Salam

1. Berapa jarak yang disepakati ulama' Syafi'ie untuk membolehkan solat jama' dan qasar dilakukan?

2. Berapa harikah yang dibolehkan bagi seseorang musafir untuk melakukan solat jama' jika dia bermusafir dan bermalam di satu tempat selama empat malam lima hari?

3. Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa seseoarang layak untuk melakukan solat jama' jika tempoh dia berada di tempat yang dituju tidak lebih dari tiga hari, adakah 3 ahri tersebut termasuk hari tiba dan balik atau tiga hari yang berasingan dengan hari tiba dan balik?

Terima kasih.
Wassalam

=================

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr izzuddin79 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallaah.

Walaubagaimana pun, kami akan menjawab soalan diatas secara ringkas berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e, jilid 1.

Soalan 1 : Jarak membolehkan seseorang itu Jama' dan Qasar ketika bermusafir adalah 16 farsakh atau bersamaan 81km. Ibn Umar ra. dan Ibn Abbas ra. mengqasarkan solat dan berbuka pada jarak 4 burud, atau 16 farsakh yang bersamaan dengan 81km atau lebih. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/191].

Soalan 2 : Seseorang itu dibenarkan melakukan solat Jama' dan Qasar jika permusafiran kurang dari 4 hari. Jika pada awal2 lagi seseorang itu telah mengetahui bahawa dia akan bermusafir lebih dari 3 hari (4 hari misalnya), maka secara automatik kelonggaran (ruhsah) untuk melakukan solat Qasar terbatal. Maknanya sepanjang 4 hari, dia hendaklah bersolat seperti biasa.

Perlu di beri perhatian disini ialah dia masih boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar semasa didalam perjalanan pergi dan balik, kerana memenuhi Soalan 1, iaitu jarak yang membolehkan. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Soalan 3: 3 Hari bermusafir itu tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Wallahu A'lam, wassalam

Rujukan :
===========
1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e - 1. cet ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam : 2000.

Jamak Qasar Dalam Keadaan Duduk

Salam

1stly...saya mohon maaf sekiranya soalan ini berulang...sekiranye berulang, saya harap pihak panel fiqh al-ahkam dpt tunjukkan link ke jawapan soalan tersebut.

Selalunya...apabila berada dlm kapal terbang utk pulang ke tanah air...ataupun sewaktu melancong menggunakan keretapi dlm package europe tour...yg kedua-dua keadaan tersebut selalunya mengambil masa yg agak lama utk satu2 perjlnan....selalunya kami melakukan solat jamak dan qasar dlm keadaan duduk di kerusi masing2.

Soalannya ialah...adakah perlu dikerjakan kembali solat2 tersebut apabila sampai di malaysia ataupun tiba di hotel2 tempat penginapan sewaktu europe tour??? ...ade antara kengkawan bagitau kene kerjekan kembali kerana solat tersebut dikerjakan dlm keadaan duduk...adakah pendpt mereka ini ade sabit dgn hadis ataupun pendpt ulama'??

Wassalam

==================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr cappuccino dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Biasanya 2 perkara utama yang dibincangkan mengenai solat didalam kenderaan :

a. Menentukan arah Qiblat
b. Kaifiat Solat - duduk atau berdiri

Jumhur berpendapat bahawa solat diatas kenderaan adalah sah apabila memenuhi syarat2nya, dan tidak perlu diulang kembali. Lihat kepada keadaan atau situasi kapal terbang pada masa tersebut, jika keadaannya membolehkan seseorang itu berdiri, maka ijma' ulama mewajibkan seseorang itu berdiri didalam kapal terbang, sebagaimana firman Allah swt :-

وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
"Berdirilah (didalam solat) kerana Allah dengan khusyuknya" - [al-Baqarah 2:238]

Akan tetapi jika keadaan tidak membenarkan seseorang itu berdiri, bolehlah dia duduk, sebagaimana hadith dari Imran bin Hussein, bahawa Nabi saw berkata kepadanya :-

صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
"Solat secara berdiri, dan jika tidak boleh hendaklah duduk, dan jika boleh hendaklah baring mengiring" -[Riwayat al-Bukhari]

Sila lihat perbincangan lanjut mengenai kaedah solat didalam kenderaan di url berikut :-

SJ - 2769 : Cara solat dlm kapalterbang/bas
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=16383

Anda juga boleh melihat e-book buku "Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya" karangan Ustaz Hafiz Firdaus (pengalaman beliau sendiri sebagai juruterbang) dibawah bab :-

Solat Secara Berdiri atau Duduk Dalam Pesawat
URL : http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg24.htm

Wallahu A'lam, wassalam

Jamak Dan Qasar Setiap Hari

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpd ikhwah semua tentang isu berikut:

Setiap hari, saya perlu travel dari rumah ke tempat kerja sejauh 200 km (pergi-balik).

Kalau mengikut syarat-syarat yg membolehkan solat jamak & qasar; iaitu jarak (melebihi 2 marhalah) dan niat (pergi cari rezeki) saya rasa dah boleh jamak & qasar.

Cuma kegusaran saya hanya kerana kekerapan melakukan jamak & qasar.

Jika berpegang kepada syarat ini, dalam seminggu hanya Sabtu & Ahad sajalah saya dapat bersolat secara biasa.

Harap pihak tuan dapat memberi nasihat mengenai perkara ini, takut pegangan yg saya ambil ini sebenarnya salah.

terima kasih

=================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr etsar dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jarak 100km merupakan satu jarak yang membolehkan seseorang itu menqasar dan menjama'kan solat. Jumhur ulama' mengatakan bahawa jarak yang membolehkan seseorang itu menqasar solat adalah 48 batu (77.232km, dimana 1 batu bersamaan 1.609km). Menurut Ibn Qudamah rh dalam kitabnya al-Mughni :-

مَذْهَبُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ( يعني الإمام أحمد ) أَنَّ الْقَصْرَ لا يَجُوزُ فِي أَقَلِّ مِنْ سِتَّةَ عَشَرَ فَرْسَخًا , وَالْفَرْسَخُ : ثَلاثَةُ أَمْيَالٍ , فَيَكُونُ ثَمَانِيَةً وَأَرْبَعِينَ مِيلا . وَقَدْ قَدَرَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ , فَقَالَ : مِنْ عُسْفَانَ إلَى مَكَّةَ ، وَمِنْ الطَّائِفِ إلَى مَكَّةَ ، وَمِنْ جُدَّةَ إلَى مَكَّةَ .
فَعَلَى هَذَا تَكُونُ مَسَافَةُ الْقَصْرِ يَوْمَيْنِ قَاصِدَيْنِ . وَهَذَا قَوْلُ ابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ عُمَرَ . وَإِلَيْهِ ذَهَبَ مَالِكٌ , وَاللَّيْثُ , وَالشَّافِعِيُّ .

"Mazhab Abu Abdullah (iaitu Imam Ahmad) mengatakan bahawa tidak boleh memendikkan solat bagi jarak yang kurang dari 16 farsakhs, dan satu farsah : bersamaan 3 batu, maka jadilah jaraknya 48batu. Ini merupakan jangkaan Ibn Abbas ra, Beliau berkata : (jaraknya adalah ) dari 'Usfaan ke Makkah, dari Thaaif ke Makkah, atau dari Jeddah ke Makkah. Maka berdasarkan ini maka jarak yang dibenarkan memendekkan solat adalah 2 hari menuju kearah destinasi. Ini merupakan pandangan Ibn Abbas ra. dan Ibn Umar, dan pandangan Malik, al-Laith dan al-Syafie. "

Maka dapat disimpulkan bahawa adalah jarak yang membolehkan qasar solat adalah lebih kurang 80km. Barangsiapa yang mencapai perjalanan 48batu ini dibenarkan / digalakkan keatasnya menqasar solat walaupun tiada terdapat kesukaran.

Persoalan sdr etsar berkenaan dengan bermusafir dan menqasar solat pada setiap hari2 kerja pernah dijawab oleh Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Berikut saya petik fatwanya :

أقطع مسافة 40 ميلا تقريبا بالسيارة للذهاب إلى عملي خلال أيام العمل الأسبوعية (من الأثنين إلى الجمعة) ، وأغادر المناطق المحيطة بمدينتي . وأعود إلى بيتي يوميا في المساء . فهل يجوز أن أقصر الصلوات في العمل وإن كنت أسافر كل يوم.

"Soalan : saya bermusafir lebih kurang 40 batu untuk bekerja dengan kereta setiap hari Isnin hingga Jumaat, meninggalkan pemandangan bandarku. Saya akan pulang setiap hari pada petang harinya. Bolehkah saya menqasarkan solat ditempat kerja walaupun saya bermusafir setiap hari?"

إذا سافر الإنسان عن بلده مسافة 100 كم ، أو ما يقاربها ، فإنه يعمل بأحكام السفر من القصر ، والفطر والجمع بين الصلاتين ، والمسح على الخفين ثلاثة أيام ، لأنّ هذه المسافة تعتبر مسافة سفرٍ، وهكذا لو سافر 80 كم أو ما يقارب ذلك فإنها تعتبر مسافة قصر عند جمهور أهل العلم .

"Jawapan : Alhamdulillah. Jika seseorang itu bermusafir 100km dari rumahnya, atau lebih kurangnya, sesungguhnya boleh menjalankan peraturan bermusafir dengan memendikkan solat, tidak berpuasa, menjama'kan solatnya dan mengesat setokin (didalam wudhu') selama 3 hari, kerana jarak tersebut dianggap sedang bermusafir, Sama juga ditujukan jika ia bermusafir 80km atau lebih kurang; itu yang dikatakan jarak membolehkan seseorang bersolat qasar menurut majoriti ulama'" [Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Fataawa Ismaiyyah, 1/400]

Cuma apa yang kita bangkitkan disini adalah dari segi persoalan yang mana lebih afdal; Solat Jama' dan Qasar ataupun Qasar tanpa Jama' dengan bersolat pada waktunya? Ulama' melihat bahawa Solat pada waktunya merupakan seafdal2 solat; maka digalakkan menqasar solat sahaja tanpa jama'; sebagaimana pandangan Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. Menurut Syiekh Ibn Utsamin rh :-

الأفضل للمسافر النازل أن لا يجمع ، وإن جمع فلا بأس إلا أن يكون في حاجة إلى الجمع إما لشدة تعبه ليستريح ، أو لمشقة طلب الماء عليه لكل وقت ونحو ذلك ، فإن الأفضل له الجمع واتباع الرخصة.
وأما المسافر السائر فالأفضل له الجمع بين الظهر والعصر وبين المغرب والعشاء ـ حسب الأيسر له ـ إما جمع تقديم ، يقدم الثانية في وقت الأولى ، وإما جمع تأخير يؤخر الأولى إلى وقت الثانية

"Adalah lebih afdal bagi mereka yang bermusafir berhenti (di dalam perjalanannya) dan tidak menjama'kan solat, akan tetapi jika ia menjama'kan solat maka tidaklah menjadi satu kesalahan, akan tetapi jika dia perlu menjama'kan solat kerana penat dan memerlukan rehat, atau sukar untuk mendapatkan air, dll, didalam kes ini adalah lebih afdal dia menjama'kan solat dan mengikuti ruhsah (kemudahan) tersebut. Akan tetapi bagi musafir yang berada diatas jalan, maka adalah lebih baik menjama'kan Zohor dan Asar dan Maghrib dan Isya', didalam keadaan yang memudahkannya, samada Jama' Taqdim, melakukan solat kedua didalam waktu pertama, atau Jama' Ta'khir, mengakhirkan solat yang pertama didalam waktu yang kedua" -[Mawaaqiit al-Salaah, ms 26].

Lanjutan bab Jama' dan Qasar boleh dirujuk pada URl berikut :-

SJ-06-0004 : Solat Qasar tanpa jama'
URL : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26776

Wallahu A'lam, wassalam

Boleh Dijamak Qasarkan Ke?

A bekerja dan tinggal bersama isteri kedua di KL. Setiap hujung minggu A akan pulang ke Perak untuk menjalankan tanggungjawab terhadap isteri pertama pula. Boleh ke A mengerjakan solat jamak/qasar sepanjang berada di rumah isteri pertama ?

================

Jawab

Mengikut kajian Dr Wahbah azZuhaili dalam Fiqh Islami (terjemahan DBP-YAPEIM), kampung isteri adalah dikira watan atau maksudnya si suami tidak dianggap musafir di kampung isterinya. Maka si A tidak boleh jama'-qasar di rumah isteri pertama atau keduanya. Ini adalah tidak adil kerana setelah dia beristeri dua, maka dia telah mengetepikan isteri tuanya yg berjasa dan menganggap dia tidak mahu lagi bermukim di rumah isteri tuanya dan hanya akan berniat bermukim di rumah isteri muda sahaja. Maka demi keadilan, dia hendaklah adil dalam membahagikan waktu giliran dan menganggap kedua-dua kampung isterinya sebagai tempat dia akan bermukim. Ini kerana berumahtangga bukan sahaja tempat melepaskan nafsu seks tapi juga tempat membina kehidupan dan keluarga. Tidak boleh seseorang menganggap rumah isterinya hanya sebagai singgahan sekedar melepaskan tanggungjawab sahaja.
Wallahu A'lam

Jamak Antara Jumaat Dan Asar

boleh ke jika ana bermusafir dan haritu hari jumaat.sebelum solat jumaat ana dah niat nak jamakkannya dengan solat asar...bolehkah demikaian??
satu lagi ana keliru apa makna watan hakiki?...contoh jika ana asal kelantan,dan ana lahir kat kelantan,so watan asli ana adalah kat kg ana kan,so jika ana p belajar kat pj,adakah tempat ana belajar tu dikira watan hakiki..??

minta komentar

============

Jawab

1. Safar pada hari Juma'at

Boleh bermusafir pada hari Juma'at kecuali jika azan Zuhur sudah berkumandang, maka haram bermusafir ketika ini . Dalilnya AQ alJumu'ah: 62:09. Fatwa Syaikh Saleh alUthaimeen, Syarh alMumti' 5/29)

Mengenai niat anda ingin menjama' dgn solat Asr itu dibolehkan kerana Niat itu bererti planning atau perancangan. Menurut Syaikh alIslam Ibn Taymiyah, niat seperti itu tidak diperlukan.

2. Watan asli atau hakiki ialah tempat *alhakim dilahirkan. Jika anda bermuqim di PJ kerana urusan pembelajaran dalam tempoh yg agak lama misalnya 1-4 tahun maka dinamakan watan alIqamah atau bermukim dalam madzhab Syafi'iy.
Hakiki/Asli di sisi madzhab Hanafi ialah anda memiliki aset, tanah atau dan kaum keluarga serta saudara mara. (Fiqh Islami waAdillatuh, Jld 2)

~~~~~~~~~P/S
nasihat
(penggunaan nama alhakim adalah menyalahi penggunaan nama2, kerana AL adalah khusus buat Allah sahaja; alHakim adalah salah satu asma' Allah, anda boleh menggunakan Hakim sahaja bukan AL atau Abdul Hakim)