Makmum Saf Ke4 Tegur Imam

Salam

makmum sejauh manakah dari imam yg dibolehkan menegur atau membetulkan bacaan imam? jika imam terlupa bacaan dah makmum yg hanya boleh membetulkan ada di saff ke-4..adakah patut dia membetulkan atau lebih baik diam kerana jauh dan terpaksa menjerit sedikit

----------------------------------------------------
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Membetulkan bacaan Imam adalah perkara yang tidak diberatkan dalam solat , lebih-lebih lagi jika ianya hanya melibatkan perkara sunat dalam solat seperti membaca surah selepas bacaan al-Fatihah.

Menegur Imam ini terbahagi kepada 2 :

Pertama : Wajib menegur imam yang melakukan kesalahan dengan sengaja atau sesuatu yang boleh membatalkan solat.Seperti tidak membaca al-fatihah , tidak melakukan rukuk dan sebagainya.

Kedua : Sunat menegur imam yang melakukan sesutau perkara yang boleh menghilangkan kesempurnaan solat , seperti imam terlupa membaca surah-surah pendek selepas al-fatihah.

Walaubagaimana pun , makmum boleh membetulkan bacaan imam sekiranya ia berkemampuan untuk berbuat demikian yang mana kebiasaannya dilakukan oleh makmum yang berada dibelakang Imam atau di saf pertama.

(Syarh al-Mumti' , Ibn 'Uthaimin , jil 3 , ms : 346 -347)

Sekiranya , tidak ada makmum di saf pertama yang berkemampuan membetulkan bacaan imam , maka tidak perlulah makmum di saf-saf lain yang berada jauh daripada imam bersuara untuk membetulkan bacaan tersebut.

Ini kerana perbuatan tersebut sudah semestinya akan mengganggu perjalanan solat , apatah lagi jika suara makmum tersebut tidak dapat didengari oleh imam lantaran jarak yang jauh antara imam dan makmum tersebut sehingga menyebabkan si penegur terpaksa mengulang-ulang bacaan surah tersebut berkali-kali.


WA

No comments:

Post a Comment