Musafir Ke Dua Destinasi

Salam

Saya bekerja dan menetap di Melaka. Dan saya ingin bermusafir dan destinasi saya Bukit Mertajam utk menziarahi mak saya. Saya singgah di rumah mak saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

Selepas tu saya bertolak ke Alor Setar untuk menziarahi mertua saya selama 3 hari. (Adakah saya masih boleh melakukan solat jamak dan qasar?)

Kemudian saya bertolak pulang ke Melaka.

-------------------


Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr aiman03 yang kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kami kira, sudah kerap kali pihak al-ahkam terutamanya Al-Fadhil Ustaz thtl telah menjawab soalan-soalan yang lebih kurang sama mengenai jama' dan qasar ini. 'Ala kulli hal, kita cuba review balik permasalahan ini.

Tempat
1. Melaka tempat sdr tinggal dipanggil sebagai Tempat Tinggal tetap [color="#800000" size="3"](محل الإقامة الدائمة) atau tempat kita bermastautin. Ia merupakan tempat : [color="#800000" size="3"]"هو محل العمل الذي يسكن فيه، أو محل المعيشة" atau "Tempat bekerja yang tinggal disitu, atau tempat penghidupan. [Al-Fiqh Al-Islami, ms 340].

2. Bukit Mertajam, yang merupakan rumah ibu dan Alor Setar merupakan rumah mertua dipanggil sebagai Tempat Lahir [color="#800000" size="3"](محل الميلاد) atau dikenali sebagai Al-Watan Al-Asli [color="#800000" size="3"](الوطن الأصلي) atau tempat asal. Terdapat kaum-keluarga yg tinggal disana. [Al-Fiqh Al-Islami, ms 340]

Kedudukan Solat Jama' dan Qasar

1. Anda tidak boleh melakukan Jama' dan Qasar sehingga keluar dari tempat anda bermastautin di Melaka. Semasa didalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Mertajam, anda boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setiba di Bukit Mertajam, rumah ibu dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli atau tempat anda dibesarkan. Solat ditempat yang sebegini tidak boleh dijama' dan di qasarkan. Anda dikehendaki berSolat secara sempurna.

2. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar yang jaraknya lebih dari 89km diperbolehkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya anda dirumah mertua anda, Solat tidak lagi boleh di jama' dan Qasar, kerana rumah mertua anda juga dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli.

3. Perjalanan pulang dari Alor Setar ke Melaka membenarkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar selagi mana solat tersebut dilakukan sebelum masuk di kawasan tempat anda bermastautin. Jika sampai dikawasan (mukim) yang sdr tinggal, dan sdr masih belum menunaikan solat, maka solat wajib ditunaikam dengan rakaat yang penuh. wallahu'alam
.
wassalam
==========
Rujukan :

1. Dr. Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 2. cetakan ke . Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 340-341.

1 comment:

  1. 888sport Casino No Deposit Bonus Code - JammyHub
    Casino Bonus Codes 2021: Claim 10 Free 보령 출장샵 Spins 울산광역 출장안마 at 888sport Casino No Deposit Code, 삼척 출장샵 No Deposit Needed! 제주도 출장마사지 No Deposit Needed! ➤ Read Why We 의정부 출장안마 Love

    ReplyDelete